PTPTN: Tukar nombor akaun kepada BIMB - adlinatasya

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, 22 March 2019

PTPTN: Tukar nombor akaun kepada BIMB



Image result for money

Harini I nak cerita kan pasa PTPTN. Terus terang, ini adalah kali pertama I pinjam PTPTN. Selama ni, Diploma, Degree, Ayah yang tanggung sepenuhnya. Kali ni, untuk sambung Ijazah (Masters) , terpaksa I ambik juga, gara-2 tak nak susahkan mak ayah bayar yuran banyak-2. 

Kali pertama tu, memang tak pernah terfikir nak masuk ke universiti Malaya. Okay, mula-2 lepas dah buat decision untuk masuk ke sana, bole main masuk je, PTPTN ? kemudian lah kut. Tapi, yang menyedihkan tu, PTPTN perlu dapatkan pengesahan dari Universiti Malaya untuk membolehkan mereka PROCEED bayaran dan loan tu kepada pelajar. 

Maksudnya, selepas dah masuk minggu pertama tu, perlu buat bayaran Universiti, dengan duit sendiri dahulu. Antara sebabnya, process PTPTN memakan masa untuk membuat pengesahan dengan universiti. Keduanya, tarikh tutup pembayaran Universiti ditutup 3 minggu selepas kita mula masuk kelas. Mula-2 tu memang rasa sedih sebab tak prepare duit, tak prepare mentally jugak untuk hadap semua tu. Walaupun harga yuran dalam 4-5k RM pada awal semester, tetap rasa nak menangis. Nasib baik lah ada Ayah yang masih nak tolong untuk bayarkan semester pertama ni. 

Proses PTPTN untuk creditkan ke akaun, telah disahkan tarikhnya melalui emel. lepas dari emel tu, I tunggu berhari2 juga, masih tak dikreditkan lagi dalam akaun, walhal member dapat emel yang sama, dan telah pun dikreditkan ke akaun dia. Satu hari ni,  bila cek , menyedihkan. Sebab Jenis bank (CIMB) yang I isikan tu, TIDAK DITERIMA. ....ayo yo. punya luluh hati ni. Rasa macam sengkek sangat, tak boleh hidup dah. Maklumlah, pertama kali buat, akaun Bank Islam pun belum ada lagi. Jadi kena lah buka akaun baru. 

Process seterusnya untuk penukaran number akaun yang baru, I call customer service. Bestnya zaman sekarang, semuanya bole online. I only called them and bagitau masalah I sambil buat cerita sedih. Lepas tu diorang suruh I buat pengesahan tentang diri sendiri, which diorang akan tanya pasal diri you nanti, lepas tu you akan diminta untuk kasi details-2; a) Jenis akaun, dan 2) Nombor akaun Baru dekat dorang nanti. Dengan sekelip mata je, pihak ptptn updatekan dalam sistem. haa takpayah isi borang, nak ke kaunter lagi dan lain-2. 

Lepas dari kejadian tu, masalah dah selesai, tak lama lepas tu I pun dapat emel yang baru berkenaan tarikh bila yang akan dikreditkan ke dalam akaun. tak lama, few days after call pihak diorang tu terus dapat emel. Masa menunggu untuk process wang dikreditkan dalam akaun adalah dalam masa 14 hari bekerja. kira-2 2 minggu macam tu. 

Pendapat I, sekarang ni banyak benda yang bole dibuat secara effisyen. Bannga dan bersyukur yang amat sebab dilahirkan pada zaman yang serba moden ni. 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad