PENGALAMAN SARINGAN PRA-PERKAHWINAN [BOOKING ONLINE] PART 1 - adlinatasya

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, 9 November 2020

PENGALAMAN SARINGAN PRA-PERKAHWINAN [BOOKING ONLINE] PART 1

Assalamualaikum semua, maaf kerana telah menghilang dari blog agak lama, kerana ada banyak perkara yang perlu diselesaikan selepas PKPP (Pemulihan), dari segi kerja, belajar, urusan perkahwinan dan personal. Sekarang kita telah kembali ke PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Jadi untuk hari ini, saya ada kesempatan untuk menceritakan sedikit mengenai pengalaman I membuat saringan pra-perkahwinan dalam tempoh kita sedang ber-PKP ni. 

Tahun 2020, menjadi tahun yang dinantikan oleh saya dan pasangan. Sejujurnya, Tarikh pertunangan kami yang telah di rancang pada tahun 2019 adalah pada tarikh 30May2020. Akan tetapi, majlis telah ditunda akibat PKPD (Diperketatkan) tempoh hari. 

Akibat musim Penyakit Covid ni masih berlanjutan, pihak Sabah pula dijangka tidak dapat hadir, Akhirnya, kami bersetuju untuk teruskan sahaja dengan pernikahan  pada Januari 2021 nanti. Jadi harini ini, saya akan cerita kan pengalaman dan cara saya dan pasangan membuat saringan pra-perkahwinan. 

Sejak Penularan Covid ni, hampir kesemua cara untuk berdaftar adalah secara dalam talian (online). Sebelum ini, apa yang saya dengar dari orang yang telah berkahwin, cara berdaftar, kita perlu ke pejabat JAIS dan selepas itu, baru boleh membuat saringan pra-perkahwinan (HIV Test). Tetapi setelah kami cuba untuk mengisi borang online dari JAIS, kami sebaliknya perlu menganbil ujian saringan dahulu, kerana keputusan itu nanti perlulah di isi dalam borang online nanti. 

Cara pertama, saya ke website ini : https://qmed.asia/booking 




Kemudian, pergi ke sebelah kiri untuk bahagian carian dan pastikan 'find nearest' adalah dalam 10KM dari anda atau lebih jika tiada klinik yang berdekatan. Disini, kita boleh membuat carian dalam jarak terdekat. Pilih juga lokasi dan jenis klinik (sudah tentu saya dan pasangan mencari klinik kerajaan).



Saya memilih KK Ijok kerana berdekatan dengan perumahan saya. Pasangan saya pula membuat booking di area KL. Selepas tekan 'Book Now', kita perlu masukkan ID dan nama penuh untuk register di website tersebut. 




Selepas login / register, kita di bawa ke satu lagi bahagian lain, di sini lah kami membuat pilihan 'Saringan pra-perkahwinan'. Sangat teratur dan senang untuk membuat booking bukan? 



Setelah klik bahagian itu, satu notis telah dikeluarkan. Kemudian, tekan 'book now' untuk memilih jenis booking , hari dan tarikh dan masa.


Setelah itu, kami dibawa ke bahagian booking. Sangat senang untuk membuat pilihan, cuma kita perlu ikut tarikh dan masa yg hanya berwarna hijau sebagai tanda 'masih ada' untuk booking. 



Ha, kalau dah settle booking, jangan lupa untuk print/bawa PDF yang mempunyai QR Code yang diberikan. Takut nanti tak boleh masuk pula ye. Mesej dibawah turut diberikan selepas booking berjaya dibuat. 


Bil Air/Elektrik perlulah dibawa bersama untuk urusan verification. Harap blog ini dapat membantu korang yang nak buat saringan masa PKP ni. Kami pun sekarang hanya menunggu hari/tarikh untuk membuat saringan. Selepas mendapat keputusan, saya akan membuat satu lagi post blog untuk menceritakan cara2 kami isi borang nikah online. Terima kasih.















No comments:

Post a Comment

Post Top Ad