Makan Mee Kari Laksa KawKaw Sedap! di Bukit Jalil - adlinatasya

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, 12 September 2019

Makan Mee Kari Laksa KawKaw Sedap! di Bukit Jalil


Hi semua! Hari ini kita berubah cita rasa sedikit dengan berbahasa melayu untuk topik harini. Nak dijadikan cerita, minggu lepas I dan kawan blogger I Aerill, kebetulan berada bukit jalil dan kami masing-masing mengidam mee kari laksa. Kami mengambil Keputusan untuk makan dia kedai RESTAURANT UNCLE CHONG’S LOCAL DELIGHT. Kepada peminat Mee Kari laksa dan Makanan2 tempatan, jemput baca artikel ini sampai penghujung ya! Banyak cerita menarik tentang makanan di Restoran Uncle Chong ni. 


Tapi sebelum itu, I nak bagitau yang Restoran ini pemiliknya memang bangsa Cina, tetapi Makanan di restoran ini adalah dijamin HALAL, dan inti makanan yang digunakan untuk membuat semua makanan, hanya AYAM dan/atau IKAN. 




Sempat kami berkongsi cerita bersama pemunya restoran ini mengenai salasilah restoran mereka. Serba sedikit mengenai Restoran Uncle Chong Local Delights ini. Dahulunya Uncle Chong memulakan perniagaannya di gerai kecil di petaling street, dibantu oleh anak mereka yang sekarang ini adalah pemilik Restoran Uncle Chong Local DelightsRestoran ini adalah hasil resepi turun temurun keluarga mereka yang lebih dari 40 tahun! Disamping itu pernah suatu ketika dahulu, mee kari laksa resepi kepunyaan Uncle Chong ini Diviralkan di surat khabar, Mereka telah disenaraikan oleh LONELY PLANET sebagai antara makanan yang tersedap di tangga top 2 worldwide pada tahun 2018. 

Tak sangka bila dapat merasai hidangan mee kari dari Uncle Chong ini. Perasaan teruja dan berselera tidak dapat kami gambarkan pada masa itu. Selain itu, kami juga sempat merasa beberapa jenis hidangan di restoran ini. Jom lihat gambar-gambar dibawah. 


1. Signature Curry Laksa (RM8.90 S, RM11.90 B)



Makanan Signature mereka semestinya Kari laksa. Mempunyai rasa yang Pedas-pedas manis, jika mahukan lebih pedas, boleh lah add on sambal yang diberikan bersama. Proses pembuatan kari Laksa Uncle Chong ini adalah pertamanya, mereka percaya bahawa kualiti Kari Laksa itu datangnya dari Kuahnya, dengan itu, sebelum ia menjadi Kuah Kari, rebusan ayam direbus dalam 3 jam setiap hari sebagai Stok untuk dibuat kuah kari laksa itu. Menarik bukan? Pertama kali saya menghirup Kuah Kari laksa ini, rasa lemak santan dan Ayamnya adalah sangat KAW!, Selain itu, inti atau (Topping) seperti Kerang, tauhu goreng dan Isi Ayam yang diberikan adalah amat besar dan fresh. Dari segi mee pula, bole di pilih antara mihoon, kueyteow, mee kuning. RUGI TAK CUBA!


2. Assam Laksa (RM8.90)


Assam laksa mereka adalah unik kerana mempunyai gandingan pedas, masam, manis. Ha, manis itu bukan sekadar manis ya, manisan itu datangnya daripada buah nenas. Untuk membuat masakan ini, mereka telah menggunakan ikan sardin hitam (mackarel) dan kepada yang tidak tahan pedas, masakan ini adalah istimewa sekali untuk anda kerana pedasnya tidaklah sehingga menyengat. Cukup segalanya, lebih lebih lagi ianya digabungkan dengan isi yang sangat memuaskan seperti bawang fresh, isi buah nenas, isi ikan. Hidangan ini dihidangkan bersama petis udang.

3. Ayam Penyet (RM10.90)

Ha, ini adalah antara yang paling I nak berkongsi dengan anda semua. Pertama kalinya, saya nampak hidangan yang namanya tidak asing lagi, tetapi wajah yang agak aneh. Tapi jangan terkejut, Aneh itu adalah aneh yang sangat bagus! Cuba lihat ayam yang dihidangkan. Seakan-akan Rendang, tetapi jauh sekali. Ianya dihidangkan bersama salah satu pilihan nasi yang disediakan: Nasi putih, Nasi Lemak, Nasi Ayam. Sejujurnya, hanya SATU perkataan yang I nak HIGHLIGHTKAN pada hidangan ini. Sedaaap sangat! . Dihidangkan juga bersama sambal, yang ini nampak macam sambal tumis nasi lemak, tetapi sebenarnya telah di ubah sedikit. Memang mengejutkan, tetapi hakikatnya hidangan ini telah menarik hati I untuk datang lagi.


Pemilik restoran ini selalu berada di sana untuk memantau pekerja dan melayan karenah pelanggan mereka, selain itu, sepanjang I di sana, I rasa mereka sangat pemurah dengan senyuman, layanan yang tiptop, dan penting sekali, quantiti makanan yang diberi (termasuklah inti/topping). Kepada penduduk Bukit Jalil, kalau tidak berkesempatan untuk ke restoran Uncle Chong, jangan kecewa kerana Restoran ini adalah delivery friendly. 





Antara servis penghantaran yang boleh anda gunakan adalah FOOD PANDA. Kepada yang ingin mencuba, boleh anda datang ke Restoran ini pada hari dan masa yang berikut:


AHAD TUTUP
9PAGI-10MALAM




PENDUDUK BUKIT JALIL:
CUBA SEKARANG DI FOOD PANDA! @ UNCLE CHONG'S LOCAL DELIGHTS.

10 comments:

  1. Wah cam menarik. Jika Naim lebih berhati2 soal makanan ini. Apapun semoga ia kekal halal dan mohon mereka memohon sijil HALAL agar orang Muslim tidak berasa curiga untuk memakan.

    Halal bukan terletak pada makanan, akan tetapi dari segi penyediaan makanaan dan alat pun di ambil kira.. :)

    ReplyDelete
  2. Tgk gambar je dh terliur...ni yg rasa nk kena p cari jgk makanan ni...kalo dpt makan mmg puas hati..

    ReplyDelete
  3. Alahai.... Terliur nengok Mee Kari dan asam Laksa tu. Menyelerakan sungguh. Satu masa kita harus sampai Uncle Chong! Cuma.... Kita bersetuju dengan komen Naim, bab halal ni sebaiknya Uncle Chong buat permohonan dari Jakim untuk lebih diyakini pelanggan.

    ReplyDelete
  4. adudu. sedap mee kari tu. asam laksa pun boleh tahan menggodanya. hahah. tengok time ni memang terliur semua ni.

    ReplyDelete
  5. Pergh sedapnya semua.. Mee kari dia nampak padu.. Kuah pekat.. Kene cuba ni.. Lama tak makan mee kari

    ReplyDelete
  6. boleh order ikut food panda ya...ok menarik ni..nanti nak try order..macam sedap pulak tengok laksa tengah3 jerebu ni heheheheh

    ReplyDelete
  7. Bila dh pgi restoran dn dengar penjelasan tentang halal, hilang terus rasa waswas. Sbb krestoran ini pernah diaudit oleh Jakim dan sememangnya Halal.

    ReplyDelete
  8. Uncle Chong dahhh boleh dapat kat Food Panda? Wooohooo! Nak try sbb nak go there musim jerebu ni tak larat. Once go area pasar seni nak beli sbb sedapp the foods!

    ReplyDelete
  9. wahh dah ada food panda. Bila nampak ada halal logo, dah yakin sungguh dah.macam sedap pulak laksa ni. Makan masa hujanhujan peh...Saya memang peminat laksa no 1

    ReplyDelete
  10. laksa is my favourite! Tak sah kalau tak try laksa kalau kedai situ ada laksa. Kalau kuah pekat lagi best. Saya paling suka laksa dengan telur goreng sarang burung. Biasa ada kat kuala kangsar perak

    ReplyDelete

Post Top Ad