23 Motors Melangkah Jauh Dalam Sukan Permotoran - adlinatasya

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, 21 November 2019

23 Motors Melangkah Jauh Dalam Sukan Permotoran



Hello semua, baru-baru ni I dapat peluang untuk ikuti sesi siaran media dengan Pasukan '23 Motors’, Sambil-sambil I cerita, saya selitkan sekali moment pada masa tu. Jadi, serba sedikit mengenai '23 Motors' adalah sebuah syarikat Bumiputera yang telah ditubuhkan sejak tahun 2014, dan syarikat ini diasaskan oleh Dato’ Kaathir Mustafa atau lebih di kenali sebagai Farouk yang dahulunya memulakan perniagaan ini di Batu Pahat. 

Sejak itu, 23 Motors telah melangkah lebih jauh dalan sukan permotoran Malaysia sejak mereka memenangi beberapa kejohanan besar. Mula-mula tu dengan menjadi juara untuk '2017 TCR Asian Championship’, seterusnya kemenangan yang samapada tahun 2008  'Stock Production Championship’. 

Pasukan ini, sekali lagi, mencatat sejarah ketika mendapat tempat juara keseluruhan untuk ‘2019 Malaysia Championship Series, Overall Champion’. Tahun ini bakal memperlihatkan 2 org pelumba selebriti Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu dan 7 org pelumba professional Dato Farouk, Keifli Othman, Baron Sim, Mirza Syahmi, Zen Low, Akid Azlee, Tarmimi Tahang. 


Perlumbaan kali ini akan berlangsung dari 22 November hingga 24 November, bermula dari jam 12 tengah hari. Pada sesi perkenalan dengan media ni, di antara Selebriti yang diperkenalkan ialah  Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu.

.


Perlumbaan ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi dan fokus yang berlangsungan kerana perlumbaan ini dijalankan tanpa henti. Dengan jarak 1000KM (seribu kilometer), Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi tempat acara yang akan memakan lebih dari 250 (dua ratus lima puluh) pusingan dan dijangka akan mengambil masa lebih dari 9 (sembilan) jam. 


Sementara itu, pengasas kepada 23 Motors Sdn Bhd, Dato’ Abdul Kaathir dikenali sebagai Farouk, mengambil langkah dalam melabur untuk sukan pemotoran ini kerana minat beliau serta nampak peluang perniagaan di dalam industri ini. 

“ Saya ingin menaikkan taraf industri pemotoran negara dengan lebih maju lagi. Dengan langkah saya yang kecil ini, mampu membantu menampakkan potensi sukan industri ini kepada orang luar terutamanya kepada usahawan-usahawan di luar sana. Sukan ini mampu menjadi salah satu cabang baru dalam pelancongan sukan. Syarikat saya sejak dari awal penubuhan, nampak potensi besar dalam industri ini dan ia juga merupakan salah satu faktor dalam menceburi perniagaan import kereta ‘Muscle’ dari Amerika Syarikat."







Selain tu, dapat jugak I jadi model sambilan untuk kereta racing diorang. 


Laman sesawang: http://23motors.my/ 



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad